Thursday, April 25, 2013

bab 2

usai kelas pada petang itu,aku menuju ke kafeteria berdekatan dengan fakulti aku. "haih...manalah si budak bertuah Iesya ni..aku call dh beratus-ratus kali.,eii,kalau dpn mata tau lah aku nak mengajarnya.."getus hatiku sambil membayar harga untuk air mineral yg aku ambil. panas terik sangat petang  ni smpai habis basah lencun belakang baju kurung aku. nasib baik la warna gelap.kalau tak,aku dah boleh jadi model bikini dah.

HAH!!! sergah farisya dari belakang. aku yang sedang asyik berkipas-kipas menggunakan nota hampir tersembur air yang aku baru minum td.

" kau ni kan, nak bagi aku mati terus ke apa? terkejut tau x? "
" ala beb, xkan kau nak marah kat aku..nanti sapa nak tolong hantar kau ke kolej kalau bukan aku" ugut Farisya.

"yelah, aku sedar aku tumpang kau je. Fine la, Fine la " aku pura-pura merajuk dengan Farisya. sejak kebelakangan ni, aku jadi malas hendak menunggang skuter aku ke kelas. Faktor cuaca mungkin.

Farisya perasan riak muka aku lain. " kau ade masalah ke Ris?"

" xdela Iesya, aku sekarang ni, dah jadi fed up sangat dengan orang yang selalu sangat bagi hadiah, bagi bunga dekat aku ni. Dah banyak kali aku tanya dekat budak kelas aku, xde sape pon nak mengaku" luah aku kepada  Farisya.

" mungkin budak tu suka dekat kau kot Ris"

" kalau suka pon, xboleh ke terus terang, dy buat macam ni, buat aku bertambah rimas tau x. dah dekat 2 tahun aku dapat benda2 macam ni. nak makan pon xtau halal ke, haram ke."

" dah, kau ni, kalau membebel, sampai sudah pon xhabis. Jum aku hantar kau balik. nanti malam kita pegi makan sama-sama k? ke.....kau ade date dgn orang lain" usik Farisya sambil mencuit-cuit pinggang aku. Tau je kelemahan aku budak Iesya ni.

" eleh...kau tu yang ade date, cakap aku. jangan lupa suruh Syafiq bawak kawan2 dy yang hensem. Mane tau boleh buat jadi boyfriend aku ke" ketawa kecil aku ketika habiskan ayat aku.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap malam, aku akan keluar makan dengan Farisya dan kawan-kawan teman lelakinya. Dia tahu aku tidak suka keluar berdua-dua dengan lelaki. Aku rimas. jadi disebabkan dia nak juga berjumpa dengan teman lelakinya, Syafiq dan dlam masa yang sama xnak tinggalkan aku makan sorang2, jadi dia bawak kwan ramai2..memang meriah sangat bila makan bersama-sama mereka. Mau tidaknya, dekat 10 orang satu meja.

" oops! Iesya, kita balik awal ek, aku lupa esok aku ade paperwork presentation dengan ketua pelajar si Daniel Wildan tu. Cuaknyaaa. dah la paperwork aku ni xcukup research. aku nak balik sambung buat research, so bila berdepan dengan dy, xdela cuak sangat" ujar aku kepada Farisya

" eleh, kau buat relax je ngan Wildan tu, dy tu bukan serius sangat pon orang nye, aku kenal kot dia, dia satu team ragbi dengan aku " ujar Syafiq

" masalahnye, haritu masa aku present paperwork ni kat dy, kau tau x dy reject mentah2 sebab dy tengok penampilan aku xformal, eii..dy macam garang la" terang aku kepada Syafiq. Farisya disebelah Syafiq diam mendengar cerita aku.

" yelah2..lepas makan ni aku hantar kau balik ok, tapi lepas tu aku nak keluar la, nak lepak ngan Syafiq jap" ujar Farisya. aku tersenyum melihat telatah pasangan kekasih ini. romantisnya. entah bila la pula masa aku kan, eisshh! ape ke situ pulak fikiran aku ni melayang.

Thursday, April 12, 2012

bab 1

" beb, rugi gila kalau kau x join persatuan tu, nanti ko boleh dapat advantage untuk terus stay dekat kolej, jum la join sekali dengan aku. bosan kot sorang2", pujuk Farisya yang aku panggil Iesya je. Lama aku tenung muka baby face Iesya yang terlalu mengharap aku join persatuan Peers ni. Ala, lebih kurang persatuan rakan sebaya gitu. " tapi, aku xpandai la nak in-charge kalau kena handle program or anything else" aku buat muka sedih dekat Iesya. " eh, xreti mende nya,ko tu dah handle banyak sangat program, dah 2 tahun kot ko study kat sni, jum la, xpon..kita join MTPP, nak?" bebel Iesya. " Yelah, aku join, tp nanti if aku kena handle ape-ape program, aku suruh ko jadi assistant aku, ok?" "ok babyyyy!" jerit Iesya tepi telinga aku. Tergelak kecil aku melihat telatah Iesya, gadis seusia aku berketurunan Melayu-Perancis. Orang panggil dia Maya Karin celup. Dia ini la mengubat hati jiwa jantung semua, sebab dia la manusia pertama yang aku kenal sejak masuk ke universiti ini. Susah senang aku, dia selalu ada dengan aku walaupon family dia kaya nak mampus, dia still act macam orang biasa. Diorang semua selalu cakap aku nak ambil kesempatan sebab dia kaya, mujur dia sendiri tahu aku macam mana, sampai dia naik rimas dengan perangai aku yang tak pernah langsung mengharapkan bantuan dari dia.

Aku berjalan menuju ke kuliah aku yang ke-2 hari ini. Nasib baik,aku tak sekelas dengan Emily Farisya. Kalau tak, mesti riuh rendah jadinya. Subjek Inorganic Chemistry ni memang aku lemah sikit, sebab tak berapa faham bila lecturer ni ajar, dah la fully spoken english. Hadoyai.! Macam nak kena ada kamus chemistry je kat sebelah sebab nak kena ingat term-term yang dia sebut. " Ris, ni ada orang bagi dekat awak, ambil la", kata Mimi,teman sekelas aku. Sekali lagi, aku dapat sekuntum bunga ros pink, dan 2 keping coklat perasa tiramisu. 3 benda ini tak pernah miss sejak-sejak aku mula semester baru ni. Setiap kali masuk kelas Inorganic Chemistry, mesti 3 benda ni ada.Aku ambil dari Mimi dan terus masukkan dalam beg sebab kuliah akan bermula sebentar lagi. " haih, untungla kau Arisa, tiap2 kali masuk kelas IChem,dapat free gift!,hahahaha!" ujar Kamal sambil hilai tawanya tu disambut beberapa rakan sekelas.Aku senyum sinis je dekat diorang semua. Malas nak melayan peragai mereka. Susah benar aku nak mencari tuan yang memberi barang-barang ni semua. Tapi jawapan yang aku dapat, sama saje, diorang cakap diorang xpernah pon berjumpa dengan si pemberi. Dia akan letakkan dalam locker la, dalam beg la, tp diorang semua xsedar. Lepas tu,diorang terus je bagi barang ni dekat aku.Memang gila la orang yang buat benda-benda ni semua,membazir je! Diorang cakap lagi, orang yang buat semua ni mesti berpengaruh besar, sebab tu dia mampu buat semua ni tanpa orang lain sedar pon. Sedang otak aku ni ligat berfikir siapa pengirimnya, lecturer aku pon sampai,masuk kelas dan memulakan sesi kuliahnya.